Tuesday 23 December 2008

MY FIRST BABY



MY FIRST BABY


Tak sabar rasenye menunggu kelahiran anak ku yang pertama....



Sekarang kandungan ku berusia 24 minggu. kandunganku dijangka dilahirkan pada bulan March 2009 dalam lingkungan 14hb-24hb. Pada minggu lepas aku ditemani suami membuat pemeriksaan di Hospital Naluri Wangsa maju, bertemu dengan doktor peribadi,Dr karmala (Dr.K) Doktor mengesahkan kandungan sihat dan dalam keadaan yang selamat..Pada hari itu juga doktor membuat imbasan jantina terhadap kandungan ku..Hasil keputusan Dr.K, diramalkan aku akan menimang seorang Puteri. Aku dan suami gembira akan berita itu..Pada aku dan suami ini adalah anugerah dari ALLAH S.W.T. bagi memberikan kami berdua kehidupan yang lebih bermakna dalam menempuh alam rumah tangga.



Selepas selesai daripada pemeriksaan,aku tidak sabar untuk membeli kelengkapan anak ku yang bakal dilahirkan nanti. Aku dan suami terus menuju ke IKEA di Damansara untuk membeli perabot bagi anak ku nanti. Selepas membeli belah kami bergegas pulang ke rumah bagi memasang kelengkapan yang dibeli. Aku dan suami bersama-sama menyiapkan sehingga 4 pagi.Ternyata usaha kami mendatatangkan kepuasaan yang tak ternilai. Aku dan suami masing-masing tersenyum dan duduk menghadap ke arah kelengkapan yang debeli sambil mengenang cerita semasa kami mula-mula bertemu dulu. Jodoh dan Maut di tangan Tuhan Yang Maha Esa. dan kami berasa terharu atas Cinta kami yang sejati ini. Semoga ALLAH akan sentiasa melindungi Aku dan Suami serta Kandungganku.



Semoga apa yang kami lakukan akan dikenang dan diingati oleh anak ku apabila besar nanti...





















BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM..

Wahai tuhan ku!
Dorongkan aku supaya mensyukuri nikmat-mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku mengerjakan amalan soleh yang engkau redhakannya dan kurniakan kesolehan dalam zuriat keturunanku.
sesungguhnya aku bertaubat kepada-mu dan sesungguhnya aku daripada golongan muslimin..
Amin..